mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Azimah *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma Pengurusan Hotel

Universiti Teknologi MARA (Kota Kinabalu) (Sedang Belajar)

Kota kinabalu, Sabah

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang ramah tapi tegas, serta mempunyai semangat yang tinggi untuk membantu anak didik saya untuk mencapai matlamat mereka, iaitu mencapai keputusan yang cemerlang. Saya akan memastikan matlamat anak didik saya dapat dicapai dengan menggunakan kaedah pengajaran yang dapat difahami anak didik saya serta efektif bagi menjana minda anak didik saya untuk melontarkan jawapan yang bernas dalam pembelajaran dan kertas jawapan kelak. Saya juga akan memastikan anak didik saya dapat mengurus masa dengan efektif disamping memastikan anak didik saya menyukai corak didikan saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika anda mencari tutor yang mengajar tatabahasa dan karangan Bahasa Melayu, ataupun kira-kira Matematik, sayalah tutor yang anda cari! Sekiranya berminat, saya juga boleh mengajar matapelajaran Pendidikan Muzik untuk anak anda.
Teknik Pengajaran
Saya gemar mengunakan pendekatan mendidik sambil menghibur anak didik saya. Hal ini bagi memastikan anak didik saya tidak bosan dan ingin belajar lebih lagi semasa sesi pengajaran dijalankan. Saya juga akan mengajar teknik karangan dan tatabahasa yang mudah diingati untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah. Saya juga akan menggunakan pembentangan yang menarik semasa sesi pembelajaran. Tidak dilupakan juga, saya akan berusaha membantu pelajar yang memerlukan lebih perhatian tentang pengiraan dengan kaedah dan penerangan yang mudah difahami. Pelajar juga boleh mendalami dan memahami seni muzik itu sendiri melalui teknik pengajaran santai yang saya bawa.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6
Muzik Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 6