Profile Picture

Siti Atirah *******

(Dalam Talian)

Sarjana(master) - Pengurusan Dan Pentadbiran Perniagaan

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Telah Bergraduasi)

Segamat, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang yang berdedikasi dan komited dalam membuat sesuatu pekerjaan, oleh itu saya yakin bahawa saya dapat membantu bakal pelajar saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam akademik mahupun akhlak. Sebagai contoh, walaupun saya seorang Penganalisa Perniagaan untuk sebuah syarikat swasta namun, saya mengambil masa untuk melanjutkan pelajaran secara sambilan untuk mempertingkatkan lagi ilmu yang ada untuk pengetahuan saya sendiri dan juga orang lain. Dengan memohon menjadi sebagai tutor sambilan adalah salah satu usaha awal dan kecil saya bagi membantu saya mengambil pengalaman dalam menjadi seorang pendidik. Saya seorang yang peramah dan lembut namun tegas dalam memastikan pelajar berdisiplin dalam soal pembelajarannya. Saya juga akan membantu bakal pelajar saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif dan inshaAllah akan memastikan agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan tanpa merasa bosan.
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menyediakan teknik pengajaran yang mudah serta tatabahasa pantas untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah. Saya juga menggunakan akronim serta lagu untuk membantu pelajar lebih mengingati sesuatu perkara dengan mudah.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 3, Darjah 6, STPM - Tingkatan 6, IGCSE MRSM - Tingkatan 1, Darjah 1
Bahasa Melayu Tingkatan 3, Darjah 6, STPM - Tingkatan 6, Darjah 1
Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Darjah 6, Darjah 1
Perniagaan STPM - Tingkatan 6
Membaca - BI Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1