mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Haziq *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains (biologi Marin)

Universiti Malaysia Terengganu (Telah Bergraduasi)

Batu Berendam, Melaka

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya Haziq, merupakan seorang graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam bidang Sains (Biologi Marin) dan kini menyambung pengajian Diploma Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya berminat dalam pendidikan dan merupakan tutor yang tekun serta bersungguh-sungguh dalam membantu anak didik saya untuk menyukai dan memahami subjek yang dipelajarinya. Saya seorang yang mesra tetapi tegas dalam mengajar ilmu. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya berjaya mencapai matlamat mereka serta ibu bapa mereka. Saya juga suka memberi ilmu yang berkait dengan kehidupan seharian serta membantu mencari minat mereka. Selain itu, memupuk minat untuk belajar menjadi keutamaan saya sebagai seorang pendidik supaya mereka tidak berhenti mencari ilmu. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang akan digunakan adalah kaedah demonstrasi dan sumbang saran. Bagi kaedah demonstrasi, ia akan melibatkan kedua-dua pihak iaitu saya dan murid melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Kaedah ini lebih menarik kerana murid berpeluang untuk belajar secara teori dan praktikal. Bagi kaedah sumbang saran pula, ia menransang interaksi secara bermakna merangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan proses pembelajaran. Saya juga boleh menyediakan nota ringkas yang menarik bagi kelas dalam talian.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 6