About Me
Mengajar Al-Quran adalah passion dan minat saya .Saya mempunyai latar belajar menyertai pertandingan Al-Quran secara bertarannum dan pernah menjadi tutor/guru al-Quran selama 6 Tahun sejak dari sekolah menengah .Saya juga minat untuk mengajar subjek-subjek seperti berikut : Bahasa Melayu(Penulisan),Bahasa Arab,Pendidikan Islam Dan Al-Quran.Khususnya kepada pelajar Pra-Sekolah hingga sekolah rendah . Antara yang menarik tentang diri saya adalah saya suka bergaul dengan kanak-kanak dan ingin melihat mereka berubah lebih baik dari segi pencapaian akademik .
Teaching Method(s)
Antara teknik pengajaran saya adalah:
1.Sesi icebreaking untuk mengenal pelajar dengan lebih dekat .
2.Sesi Pembelajaran yang interaktif dengan sesi soal jawab dan permainan online.
3.Berkongsi dengan pelajar soalan-soalan tahun lepas dan soalan-soalan popular .
Bagi kelas Iqra' dan Al-Quran ,berikut teknik pengajaran saya:
1.Melatih pelajar mengenal huruf,baris,makhraj huruf dan hukum tajwid .
2.Fokus kepada perkembangan pelajar dan karenah pelajar.
3.Sesi mempraktik secara dua hala beserta maklum balas positif.