Profile Picture

Faris Irfan *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Sains (Matematik)

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Telah Bergraduasi)

Bandar Puncak Alam, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi, berkeyakinan tinggi serta bersemangat juang dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang khususnya dalam subjek Matematik. Saya seorang yang ramah dan tegas dalam menjalankan tugas sebagai pendidik. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Selain itu, saya juga mahir dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Saya juga berkebolehan mengenal pasti kelebihan dan kekurangan anak didik saya dalam subjek yang saya mengajar. Jom dapatkan khidmat saya sekarang !
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru dan pelajar. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar sebagai contoh menggunakan aplikasi Geogebra untuk menunjukkan cara-cara membuat graf. Selain itu, saya juga menyediakan nota ringkas untuk pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 3
Matematik Tambahan Tingkatan 4