Profile Picture

Nur Amirah *******

(Online & Physical)

Diploma / Stpm - Tesl

Universiti Poly-Tech Malaysia (Graduated)

Cheras, WP Kuala Lumpur

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum semua, saya teacher Mira lepasan bidang Teaching English as A Second Language di UPTM, KL. Saya mempunyai pengalaman mendidik murid tahun 1,4 & 5 di SK Taman Maluri, Kuala Lumpur. Subjek major saya adalah Bahasa Inggeris. Saya berkemahiran dalam merancang rancangan pembelajaran harian serta aktiviti pembelajaran yang berbeza bagi setiap kelas. Tambahan lagi, saya mampu menyediakan bahan bantu mengajar bagi menarik minat anak didik saya. Saya mempunyai kesabaran yang agak tinggi dalam mengendali ragam setiap murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya lakukan adalah berbeza bagi setiap umur murid. Bagi tahun 1, 2 saya akan lebih fokus kepada keseronokan semasa pembelajaran dilakukan. Sebagai contoh, saya akan menyediakan bahan bantu mengajar yang comel dan mengikut trend semasa bagi menarik perhatian mereka. Contohnya saya menyediakan kuiz yang mempunyai gambar kartun seperti Ejen Ali yang boleh diwarnai oleh murid di sudut tepi kertas. Selain itu, saya sering menggunakan teknik gambar semasa mengajar sama ada gambar yang di print out ataupun gambar yang dilukis oleh saya sendiri kerana cara ini sememangnya sangat berkesan dan mudah difahami oleh murid. Mengikut pengalaman saya, dengan cara begitu mereka akan lebih berminat untuk belajar. Bagi murid tahun 4,5 & 6 pula, saya kurangkan keseronokan dan lebih tegas semasa sesi pembelajaran dilakukan. Saya gemar melakukan kuiz diakhir sesi pembelajaran supaya saya dapat mengenal pasti sejauh mana kefahaman anak murid saya tentang topik yang dipelajari mereka.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 1
Membaca - BI Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4