Profile Picture

Azua Atikahanis *******

(Online)

Sarjana Muda - Pendidikan Awal Kanak-kanak

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Graduated)

Petaling Jaya, Selangor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai peningkatan dalam pembelajan yang dihadapi. Saya seorang yang ramah dan boleh memberi kerjasama dalam mendidik dan sedia memberikan perkhidmatan pengajaran mengikut keperluan anak didik saya. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga boleh membantu memenuhi keperluan anak didik saya dalam pembelajaran mereka seperti keperluan dalam penyusunan jadual yang lebih afektif. Saya juga dapat memenuhi keperluan seperti membantu menyediakan bahan pembelajaran untuk membantu anak didik saya mudah untuk memahami pembelajaran. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah pembelajaran berpusatkan murid iaitu pembelajaran yang memastikan penglibatan murid secara aktif dala aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Saya juga menggunakan kaedah pembelajaran belajar sambil bermain iaitu kaedah pembelajaran yang memberi peluang kepada murid untuk belajar di dalam suasana bebas, bermakna dan gembira yang membantu murid tidak mudah bosan dalam pembelajaran. Saya juga boleh menyediakan nota mengikut keperluan anak didik saya.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika
Membaca - BM Tadika, Darjah 1
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2