mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Hidayati *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Arab

Universiti Sains Islam Malaysia (Sedang Belajar)

Perai, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Hidayati atau lebih mudah boleh panggil Cikgu Yatt. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 4 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Disebabkan kebolehan saya dalam mendidik, saya pernah dihantar untuk menjadi sukarelawan pendidikan di negara Thailand dan mengajarkan Bahasa Melayu di sebuah sekolah di sana. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menyediakan teknik yang mudah serta tatabahasa pantas untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian.
Subjek
Subjek Tahap
Fekah KAFA - Darjah 5
Mengaji - Al-Quran Dewasa
Matematik Tingkatan 1
Mengaji - Al-Quran Mengaji