mytutor_mobile
Profile Picture

Abdul Khaliq *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma Pascasiswazah - Bahasa Melayu

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Telah Bergraduasi)

Lembah Pantai, WP Kuala Lumpur

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Abdul Khaliq bin Abdul Samat. Boleh panggil saya cikgu Khaliq. Saya merupakan seorang pengajar yang telah mengajar selalam 3 Tahun pengalaman dan mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek utama saya ialah bahasa Melayu. Ia merupakan subjek kepakaran saya dalam dunia Pendidikan ini. Selain itu, saya juga mampu mengajar dalam subjek Sejarah. Saya juga berkemahiran dalam penyusunan modul bagi kegunaan pelajar-pelajar saya. Saya juga merupakan guru yang mesra kepada pelajar. Kerana bagi menarik minat pelajar adalah mesra dan mendekati pelajar.
Teknik Pengajaran
Saya sering menggunakan Teknik berpusatkan pelajar. Hal ini selaras dengan matlamat KPM iaitu menekankan peranan aktif seorang murid tersebut. Teknik ini, pelajar bukan sekadar penerima maklumat, tetapi juga penghasil pengetahuan. Pelajar diberi peluang untuk memilih topik, kaedah, bahan dan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan minat, kebolehan dan gaya pembelajaran mereka. Pelajar juga dilibatkan dalam proses penilaian dan refleksi pembelajaran mereka sendiri. Teknik ini juga akan mengasah bakat pelajar dalam berkomunikasi agar setiap pelajar mempunyai kebolehan dalam berkomunikasi dengan semua lapisan Masyarakat. Saya juga akan meneliti keupayaan para pelajar. Ia bergantung kepada tahap seseorang pelajar tersebut. Saya lebih berminat untuk membantu pelajar yang lebih bagi mengatasi masalah yang mereka hadapi.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5