mytutor_mobile
Profile Picture

Syanaz Wahida *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Science (hons.) Management Mathematics And Bachelor Of Business Administration (hons) Business Economics

Universiti Teknologi MARA (Seremban 3) (Sedang Belajar)

Seremban, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk meningkatkan prestasi akademik ke arah yang cemerlang. Saya seorang yang peramah namun tegas. Saya berpengalaman mengajar sekumpulan pelajar SPM yang lemah dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan secara dalam talian. Saya juga berpengalaman membantu pelajar tingkatan 1 berbangsa cina yang lemah dalam subjek Bahasa Melayu. Pengalaman saya ini hanya secara peribadi bukan berdaftar di mana-mana sekolah. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya menguasai subjek yang lemah. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka bersemangat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah santai untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan namun saya juga akan menjadi tegas. Saya juga menggunakan pendekatan induktif dan deduktif kepada anak didik mengikut keperluan subjek supaya mereka lebih mendapat gambaran yang jelas. Saya juga menggunakan akronim untuk membantu saya dan anak didik mengingati sesuatu perkara dengan mudah. Saya juga menyediakan nota dalam bentuk peta minda yang berwarna warni mengikut keperluan subjek bagi memudahkan anak didik saya menghafal dan mengingat. Setelah saya memberi keterangan suatu subjek, saya akan menguji tahap kefahaman anak didik saya dengan memberi latihan terutamanya bagi subjek matematik dan seangkatan dengannya supaya lebih mudah untuk saya membantu anak didik saya.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
Bahasa Arab Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Tadika