Profile Picture

Qistina Edlyn *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Kimia

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Sedang Belajar)

Bandar Puncak Alam, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Bismillah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang ramah namun tegas. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Saya seorang yang sunggup berkorban sebagaimana guru itu diibaratkan sebagai lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi orang lain. Malah, saya juga seorang yang tidak suka memberi alasan dan akan buat sehabis baik. Prinsip saya adalah "jangan jadikan tidak tahu sebagai penghalang untuk mencapai objektif! Buat sampai jadi" Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya suka bercerita bagi memastikan pelajar dapat melihat overview yang ingin disampaikan. Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menyediakan teknik karangan mudah serta tatabahasa pantas untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian. Selain itu, saya menggunakan web 2.0 untuk mengajar memandangkan kita sudah berada di era yang moden jadi ini dapat membantu menarik minat pelajar untuk kekal fokua di dalam kelas. Sebagai guru, saya akan ambil cakna 3 golongan pelajar iaitu visual, kinesthetic, dan audio agar tiada mana² pelajar yang tertinggal dalam pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5