Profile Picture

Nur Arifa *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Batu Pahat) (Telah Bergraduasi)

Shah Alam, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan graduan daripada Universiti Tun Hussein Onn, dalam bidang Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Mempunyai pengalaman selama 1 tahun dalam bidang pendidikan, saya dapat memberi tunjuk ajar kepada pelbagai peringkat usia, bermula pelajar Tahun 1 - Tingkatan 3. Subjek yang saya kuasai adalah Bahasa Melayu, Matematik dan Sains. Tambahan lagi, saya juga bersedia untuk menerima pelajar yang mempunyai kesukaran membaca atau memahami topik dengan baik.
Teknik Pengajaran
Berbekalkan pengalaman yang dimiliki, saya memilih kaedah gamifikasi sebagai teknik pengajaran. Teknik ini dilihat berkesan kerana dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari dan menguasai sesuatu topik. Hasilnya, pelajar dapat meningkatkan kreativiti serta lebih produktif dalam sesi pembelajaran. Selain itu, saya turut menggunakan pendekatan PAK-21 iaitu Pembelajaran Abad ke 21 dalam sesi pembelajaran. Aktiviti yang berkenaan akan dijalankan mengikut kesesuaian situasi dan topik yang dipelajari.
Subjek
Subjek Tahap
Seni & Kraf Tadika, Darjah 2
Membaca - BI Tadika, Darjah 1, Darjah 3
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Pendidikan Seni Visual Darjah 2, Darjah 5
Mengaji - Al-Quran Darjah 2
Mengaji - Iqra Darjah 1
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 4, Darjah 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 3, Darjah 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 3, Darjah 5