mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Syakilla

(Dalam Talian)

Asasi/a-level - Teaching English As Second Language (tesl)

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Parit Buntar, Perak

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya bernama Syakilla, anda boleh panggil saya dengan gelaran Cikgu Ila. Pada waktu sekarang, saya merupakan penuntut tahun 2 jurusan TESL di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, KL. Saya pada umumnya merupakan seorang yang gemar mengajar menggunakan bahasa yang mudah tetapi berguna untuk pembelajaran. Tambahan pula, umur saya yang masih pada 20 tahun membolehkan saya memahami cara pembelajaran anak anda di sekolah rendah bagi subjek Bahasa Inggeris.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang gemar saya gunakan adalah pertama, menggunakan visual dan gambar. Kebanyakan isi pengajaran diolah dalam bentuk slides Canva dan video penceritaan. Untuk penilaian selepas sesi belajar, saya biasa menggunakan kertas kerja yang diolah sendiri mengikut kesesuaian topik, objektif pembelajaran dan tahap penguasaan semasa murid sendiri. Secara keseluruhannya, saya mengolah pembelajaran dalam Bahasa Inggeris dengan menekankan 4 skil bahasa iaitu mendengar, membaca, menulis dan bercakap, sesuai dengan kandungan pembelajaran terkini.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 4