mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Amirah *******

(Dalam Talian)

Sarjana(master) - Systems Engineering

Universiti Teknologi Malaysia (Kuala Lumpur) (Sedang Belajar)

Semenyih, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya pernah bekerja sebagai seorang pensyarah di salah sebuah instituti pendidikan tinggi di Johor Bahru. Sering dijemput oleh pensyarah-pensyarah dari UTM Kuala Lumpur untuk mengajar pelajar-pelajar penyelidikan. Saya sekarang sedang mengikuti Doktor Falsafah sepenuh masa di UTM Kuala Lumpur. Mengajar dan berkongsi ilmu adalah bidang yang saya minati. Walaupun teknik pembelajaran bagi pelajar universiti dan murid sekolah adalah berbeza, tetapi saya boleh menerapkan kaedah yang berkesan supaya murid lebih mudah memahami. Saya juga sangat selesa berkomunikasi dengan murid sekolah rendah dan menengah. Saya pernah mempunyai pengalaman mengajar tuisyen setelah tamat pengajian Sarjana Muda suatu ketika dahulu.
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan beberapa kaedah terhadap murid seperti menganalisa kelemahan murid dalam setiap topik yang diajar. Saya akan membantu murid untuk mengenalpasti kesalahan agar murid lebih memahami topik yang dipelajari. Saya lebih selesa menggunakan kaedah kreatif dan interaktif agar murid lebih fokus. Kaedah santai juga akan diterapkan supaya murid tidak berasa berat dan tidak bosan ketika mempelajari subjek teori.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3