mytutor_mobile
Profile Picture

Logenthiran A/l *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Telah Bergraduasi)

Ipoh, Perak

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Logenthiran. Saya merupakan seorang guru dan tutor yang berpengalaman lebih 3 tahun dalam bidang pendidikan. Major saya ialah Bahasa Melayu manakala saya juga biasa mengajar subjek Sejarah serta Kimia. Saya berpengalaman mengajar pelbagai jenis pelajar serta kumpulan pelajar yang besar mahupun kecil. Saya juga berjaya meningkatkan motivasi dan minat murid ke arah pengajaran saya. Pelajar-pelajar gemar menyertai kelas saya disebabkan oleh sifat fleksibel saya yang disenangi oleh mereka.
Teknik Pengajaran
Bagi subjek Bahasa Melayu, saya lebih gemar memfokus ke arah tatabahasa serta penulisan karangan yang merupakan tunjang kepada pembelajaran Bahasa Melayu mengikut kurikulum sedia ada kita. Saya juga suka mengaplikasikan teknik grafik dan peta minda bagi merangsang kemahiran bahasa Melayu dalam diri murid. Bagi subjek Sejarah, saya lebih gemar menggunakan nota ringkas dan grafik supaya dapat membantu murid mengingati fakta bagi jangka masa yang lama. Saya juga memfokuskan teknik-teknik menjawab soalan sejarah serta soalan KBAT yang kurang difahami oleh kebanyakan pelajar. Saya menggunakan formula bagi menjawab soalan-soalan sejarah. Bagi subjek Kimia, saya gemar menggunakan teknik latihan serta pengulangan fakta agar murid boleh menguasai asas kimia Tingkatan 4 yang merupakan tunjang segala bab-bab kimia tingkatan 5.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sejarah Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5