mytutor_mobile
Profile Picture

Mohd Haniff *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Communication And Media Studies

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Telah Bergraduasi)

Telok Panglima Garang, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Haniff, seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Teknologi MARA, pengkhususan di dalam bidang Komunikasi dan Pengajian Media. Mempunyai pengalaman berkerja separa masa sebagai tutor kira-kira 1 tahun di dalam bidang Matematik, khusus di dalam 'Mental Arithmetic' atau lebih mudah kita fahami sebagai pembelajaran sempoa dengan menggunakan jari. Saya ditugaskan untuk mengajar anak-anak di sekolah rendah, daripada darjah 1 hingga ke darjah 6 secara bersemuka. Teknik ini sangat berkesan bagi melatih kemahiran anak-anak di dalam subjek Matematik, serta dalam masa yang sama melatih ketajaman dan refleksi minda anak-anak. Ianya juga dapat memupuk minat anak-anak di dalam subjek Matematik serta memberikan mereka kemahiran Matematik asas yang mantap di awal persekolahan.
Teknik Pengajaran
Saya gemar mengajar di dalam keadaan yang lebih santai, dan komunikasi dua hala, serta diselit dengan permainan minda bagi menarik minat anak-anak terutama apabila ianya melibatkan subjek Matematik dimana praktikal adalah lebih penting daripada teori, serta latihan tekan Tubi di dalam bentuk percakapan dan interaksi lebih berkesan dan lebih merangsang minat anak-anak untuk belajar dengan lebih mendalam. Saya lebih memfokuskan belajar untuk ilmu, bukan untuk peperiksaan kerana ianya akan lebih memberi kesan positif untuk jangka masa yang lebih lama.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6