mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Enqisina *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Arab

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Sedang Belajar)

Gombak, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang lembut tapi tegas. Saya akan sentiasa memberikan sokongan moral kepada anak didik. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Saya suka menyelitkan nasihat dan kisah ulama yang berjaya dalam sesi pembelajaran saya untuk dijadikan motivasi. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menyediakan teknik mudah faham dengan tatabahasa yang dipelajari. Saya juga menggunakan akronim untuk membantu anak didik saya mengingati sesuatu perkara dengan mudah. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian. Banyak tips rahsia saya yang akan saya kongsikan kepada anak didik saya.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Arab Tingkatan 4, Tingkatan 3
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4
Mengaji - Iqra Dewasa