Profile Picture

Daniel Anak *******

(Dalam Talian)

Diploma Pascasiswazah - Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

Institut Pendidikan Guru (Telah Bergraduasi)

Kuching, Sarawak

Institut Perguruan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya cikgu Daniel atau boleh dikenali sebagai Cikgu Den. Saya mempunyai pengalaman selama 10 Tahun dalam dunia mengajar sebagai tutor bagi subjek matematik sekolah rendah (KSSR). Saya juga merupakan seorang guru yang mengajar di sekolah kebangsaan yang mengajar murid berkeperluan khas (Masalah Pembelajaran). Saya berkemahiran dalam pengajaran terutama dalam menggunakan modul yang bersesuaian mengikut tahap kecerdasan murid dan ianya menjadikan saya sebagai seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Walaupun belatarbelakangkan bidang kejuruteraan awam semasa ijazah sarjana muda, namun saya juga memiliki Diploma Pascasiswazah Pendidikan daripada institut pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah. Saya berkemahiran mengajar pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran kerana saya mempunyai sijil ikhtisas dalam opsyen Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran). Bagi ibu bapa yang berminat untuk meningkatkan kemahiran membaca dan kemahiran asas matematik awal anak-anak anda, marilah daftar kelas bersama saya. Saya sedia untuk memberikan komitmen pengajaran saya sepenuhnya sehingga anak anda berjaya.
Teknik Pengajaran
Saya seorang yang mengamalkan teknik pengajaran mengikut peredaran zaman. Teknik-teknik pengajaran bagi zaman sekarang lebih kepada PAK-21 adalah merupakan teknik yang penting dan telah dikuasai oleh diri saya yang membuatkan pelajar seronok untuk belajar dan mudah untuk memahami apa yang telah mereka pelajari. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan dalam kemahiran asas membaca dan mengira merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tadika
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2