mytutor_mobile
Profile Picture

Amelia Nur *******

(Dalam Talian)

Doktor Falsafah(phd) - Ekonomi

Universiti Kebangsaan Malaysia (Sedang Belajar)

Chemor, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya yang telah memperolehi ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang shariah berfokuskan tentang bidang ekonomi dan perbankan islam bermatlamat untuk menjadi seorang tutor yang bersemangat tinggi dan berdedikasi dalam memastikan pelajar saya mencapai kecemerlangan akademik. Saya mengamalkan pendekatan yang interaktif dan bersemangat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya ialah seorang tutor yang peramah tetapi masih tegas dalam pembelajaran, dan sentiasa berusaha untuk memastikan setiap pelajar memahami input pembelajaran yang disampaikan. Saya juga mahir dalam membantu pelajar menyusun jadual masa yang efektif bagi untuk pengurusan masa mereka yang baik. Pada hemat saya, biar lambat yang paling utama ialah pelajar faham dan amal.
Teknik Pengajaran
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya mengutamakan kaedah perbincangan dua hala bagi memastikan sesi pembelajaran adalah bersifatkan perbincangan berfokus. Saya akan menyediakan teknik yang lebih mudah difahami sebagai panduan di samping mengajar teknik pembelajaran di sekolah supaya pelajar dapat memahami secara mendalam dan terperinci.

Selain itu, saya memastikan bahawa suasana pembelajaran sentiasa menggembirakan supaya sesi tersebut lebih bersemangat dengan cara yang kreatif. Saya menggunakan slide yang berwarna-warni dan bahan-bahan pembelajaran visual dan video bagi menjadikan sesi pengajaran lebih menarik dan mudah difahami.

Saya percaya pengalaman dan kemahiran saya dalam bidang ekonomi, prinsip perniagaan, agama Islam, Shariah, dan matematik akan menjadikan saya pilihan yang sesuai sebagai tutor anda. Jadikan saya rakan pembelajaran anda hari ini untuk mencapai kejayaan akademik yang cemerlang.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Darjah 6, Tingkatan 5
Mengaji - Iqra Dewasa
Bahasa Arab Dewasa
Mengaji - Al-Quran Dewasa
P. Islam Darjah 6, Tingkatan 4
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5
Perniagaan Tingkatan 4
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan DLP Tingkatan 4
Al-Syariah Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 5