Profile Picture

Nor Husnina *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pengurusan Sumber Manusia

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Sedang Belajar)

Pendang, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi, amanah, ikhlas dan mempunyai semangat yang tinggi untuk memberi inspirasi dan membantu anak didik saya mencapai keputusan yang cemerlang dan potensi penuh mereka. Saya seorang yang mudah mesra dan penyabar. Selain itu, saya juga suka membantu anak didik saya dari segi pengurusan dan berkongsi peluang pembelajaran dan karier yang terdapat di Malaysia. Saya mempunyai latar belakang Pendidikan dalam bidang sains selama 7 tahun di SMS kepala batas dan Kolej matrikulasi pulau pinang, jadi saya membawa banyak pengetahuan dan pengalaman khususnya subjek matematik, sains dan jawi.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya menggunakan kaedah teknologi dan kreativiti bagi memastikan pembelajaran itu menarik dan mengelakkan daripada pelajar berasa bosan. Saya juga menggunakan teknik mendengar dan bertutur bagi meningkatkan keyakinan diri dalam setiap pelajar. Disamping itu, saya juga akan menggunakan kaedah peta minda, formula dan akronim bagi memudahkan pelajar faham dan mengingati sesuatu.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 1
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Jawi Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
P. Islam Darjah 2, Darjah 4