mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Farhani *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma Pascasiswazah - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Open University Malaysia (Telah Bergraduasi)

Kupang, Kedah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Hani. Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai matlamat yang jelas dalam menjalankan sesuatu perkara. Dalam hal ini, matlamat saya hanyalah satu iaitu untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik mahupun sahsiah. Saya merupakan graduasi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Marketing Financial Services. Disebabkan minat saya yang mendalam dalam bidang pendidikan, saya menyambung pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dan akan bergraduasi pada Oktober tahun ini. Saya berpengalaman mengajar bagi subjek Matematik. Selain itu, minor subjek saya ialah Bahasa Inggeris, Perniagaan dan Pendidikan Islam. Saya seorang yang tegas dan amanah dalam menjalankan tugas tetapi saya juga seorang yang ramah.
Teknik Pengajaran
Saya akan mempelbagaikan kaedah atau teknik pembelajaran sesuai dengan objektif pembelajaran. Kaedah yang digunakan mestilah dapat menarik minat pelajar dan untuk terus fokus semasa sesi pembelajaran. Berdasarkan pengalaman saya, pelajar lebih tertarik dengan kaedah pembelajaran berasaskan teknologi kini. Jadi kadangkala saya menggunakan Kahoot, Quizlet untuk menggantikan latihan di dalam buku tulis. Saya juga mengajar menggunakan slaid power point yang menarik supaya mereka tidak bosan ketika belajar. Saya juga akan memberi penghargaan bagi pelajar yang dapat menjawab soalan dengan betul dan bagi mereka yang menunjukkan peningkatan. Jadi, mereka lebih bersungguh-sungguh supaya diberi penghargaan. Peningkatan demi peningkatan dapat saya lihat dan objektif pembelajaran juga tercapai. Seperti saya sebutkan di atas, matlamat atau visi saya hanyalah satu iaitu untuk menjadikan pelajar saya salah seorang daripada pelajar yang cemerlang dari segi akademik mahupun sahsiah.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Darjah 3, Darjah 4, Darjah 2, Darjah 1
P. Islam Darjah 3, Darjah 4, Darjah 2, Darjah 1
Mengaji - Iqra Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1
Mengaji - Al-Quran Darjah 3
Membaca - BI Darjah 1