mytutor_mobile
Profile Picture

Abdul Muhaimin *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Applied Science In Biology - Entomology And Parasitology

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Telah Bergraduasi)

Shah Alam, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Abdul Muhaimin, merupakan pelajar lepasan Sarjana Muda (Degree) dalam bidang Sains Biologi. Mula berminat untuk mengajar semasa berinteraksi dengan rakan-rakan di universiti. Dengan platform ini saya dapat mengasah lagi bakat saya untuk mengajar dan berkomunikasi dengan pelajar sekolah. Seorang yang 'simple', dalam masa yang sama bersikap tegas dan fokus semasa pembelajaran. Untuk mengajar, saya akan lebih tertumpu kepada subjek Sains dan Matematik. Saya yakin, dengan berbekalkan pengalaman yang saya ada, akan dapat membantu pelajar untuk memahami subjek pembelajaran dengan lebih baik.
Teknik Pengajaran
- Memastikan pelajar faham akan konsep secara keseluruhan bagi sesuatu tajuk tersebut, dengan melakukan demonstrasi dan kaitannya dengan situasi dunia sebenar.

- Mengenalpasti masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar, kekuatan dan kelemahan mereka di dalam setiap subjek, bagi mencari kaedah penyampaian yang paling sesuai.

- Menerusi perbincangan dan soal jawab secara terus bersama pelajar bagi membina kemahiran berinteraksi serta melatih pelajar berfikir dengan teliti.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 3
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5