mytutor_mobile
Profile Picture

Nurizzati Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Perakaunan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Telah Bergraduasi)

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Izzati. Saya baru berjinak-jinak menjadi tutor sejak tahun 2023. Saya mengajar subjek Matematik Tambahan untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 serta subjek Matematik untuk semua peringkat umur. Di samping itu, saya juga boleh mengajar subjek Prinsip Perakaunan kerana saya telah mengambil kursus Sarjana Muda Perakaunan sewaktu di peringkat universiti. Saya merupakan seorang tutor yang sangat berdedikasi dan komited untuk membantu pelajar bagi meningkatkan pemahaman mereka untuk subjek yang saya ajari khususnya Matematik & Matematik Tambahan. Saya akan pastikan pelajar-pelajar saya mempunyai asas yang kukuh dalam apa jua subjek yang diambil untuk memudahkan mereka memahami silibus-silibus yang diajar di sekolah. Saya akan bantu sehabis baik supaya para pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam pelajaran mereka. Oleh itu, jadikanlah saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya suka untuk menerapkan proses pembelajaran dua hala yang mana para pelajar perlu membentangkan jawapan mereka untuk latihan Matematik yang telah disediakan. Pendekatan ini membolehkan saya memahami keupayaan dan pemahaman pelajar terhadap subjek yang diambil. Saya akan memastikan pelajar mendapat latihan secukupnya untuk meningkatkan pemahaman mereka khususnya dalam subjek Matematik/Matematik Tambahan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3, Darjah 6
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Geografi Tingkatan 3