mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Husna *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sistem Maklumat (Kepujian) Pengkomputeran Perniagaan

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Telah Bergraduasi)

Bota, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Husna, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pengkomputeran Perniagaan. Walaupun masih baru dalam dunia pengajaran, saya sangat bersemangat untuk berkongsi pengetahuan dan membantu memudahkan proses pembelajaran. Berpengalaman dalam memberi seminar pada pelajar-pelajar sekolah menengah. Terkenal dengan kecekapan dan kebolehan untuk menyelesaikan tugas dengan segera, yang saya percaya akan membantu saya untuk menjadi tutor yang baik dan berdedikasi. Saya sangat komited untuk memastikan keseronokan anak didik saya dalam pelajaran sekaligus mencapai tujuan mereka. Saya percaya platform ini adalah untuk kemaslahatan bersama dimana saya, sebagai tutor dan anak didik turut sama dapat berkongsi ilmu.
Teknik Pengajaran
Sepanjang pengalaman saya mengadakan seminar-seminar di sekolah, ada dua(2) teknik yang saya selalu terapkan ketika memberi perkongsian:

1) Demonstrasi: Untuk menarik minat pelajar terhadap perkongsian saya. Sebagai contoh, saya memperlihatkan teknik penyelesaian kepada masalah yang dihadapi pelajar atau proses sesuatu prosedur itu.
2) Diskusi: Untuk menggalak pelajar berinteraksi, saya menggunakan teknik diskusi terhadap pandangan pelajar tentang topik yang dibincangkan dalam seminar tersebut. Saya percaya ini dapat membantu menggalakkan kemahiran berfikir dan berkomunikasi serta penguasaan konsep.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Asas Sains Komputer Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Mengaji - Iqra Darjah 3, Darjah 4
Membaca - BM Darjah 3, Darjah 4