Profile Picture

Zul Aizat *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Kewangan Islam

Universiti Sains Islam Malaysia (Telah Bergraduasi)

Seremban, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Zul Aizat Hamdan, merupakan seorang tutor yang sentiasa ingin membantu dan memastikan anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang sentiasa cuba meningkatkan kemahiran diri dalam pengajaran dan pembalajaran dalam memastikan anak didik sentiasa mendapat pendekatan pengajaran yang baru serta tidak membosankan. Saya juga memastikan segala objektif pembelajaran tercapai dan para pelajar dapat mencapai matlamatnya. Saya juga telah menulis 2 buah buku dan pelbagai artikel mengenai Perbankan Islam, dan topik berkaitan Kewangan Islam. Pada masa yang sama, saya telah melakukan pelbagai penyelidikan mengenai Pengurusan Risiko, Pengurusan Kekayaan Islam, Teknologi Kewangan (FinTech), Perancangan Harta, Pelaburan, dan lain-lain. Saya juga pernah dilantik sebagai pensyarah tamu untuk pelbagai universiti antarabangsa seperti Pensyarah Tamu untuk Universitas Trisakti Indonesia. Pada masa yang sama. saya juga terlibat dalam pembangunan kurikulum Perbankan Islam dan Kewangan Islam untuk peringkat diploma serta terlibat dalam memberikan pendapat mengenai kurikulum kewangan Islam untuk universiti-universiti antarabangsa lain. Saya juga memiliki dua sijil profesional iaitu Perancangan Kewangan Islam (IFP) dan Kelayakan Pensijilan dalam Pengurusan Kewangan Islam - Pengurusan Kekayaan Islam (CQIF) oleh Institut Perbankan & Kewangan Islam Malaysia. Saya mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang, Ekonomi Islam, Perancangan Kewangan Islam, Kontrak dalam kewangan Islam, Tatakelola Korporat, Tatakelola Syariah serta Sistem Kewangan Islam untuk peringkat diploma. Tambahan, saya juga merupakan Jurulatih sukan ping pong yang berlesen (Certified Coach ITTF-PTT level 1), dianugerahkan oleh International Table Tennis Federation. Saya berpengalaman dalam sukan ping pong lebih dari 20 tahun (sebagai pemain+jurulatih). Sehingga kini saya adalah jurulatih untuk pasukan Politeknik Malaysia dan juga Politeknik Nilai, N,sembilan. saya juga telah melahirkan ramai bakat-bakat baru sukan ping pong sepanjang menjadi jurulatih. Juga pernah dijemput untuk melatih pasukan Ping Pong JPJ N.Sembilan, Komuniti setempat dan beberapa institusi lain. Oleh itu, dengan pengalaman dan kemahiran yang ada jadikan saya sebagai tutor anda hari ini
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah Outcome Based-Education (OBE) yang mana pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar (merujuk kepada objektif PdP). Saya juga lebih suka mengunakan kaedah problem scenario, pengalaman di industri dan kaedah kiasan untuk memberikan kefahaman yang lebih jitu terhadap sesuatu konteks tajuk pengajaran (terutama berkaitan isu-isu muamalat dalam kewangan Islam). Saya juga akan berkongsi pengalaman atau nota-nota terkini yang berkaitan dengan bidang ekonomi dan kewangan Islam.
Subjek
Subjek Tahap
Perniagaan Universiti - Diploma, Tingkatan 5
Ekonomi STPM - Tingkatan 6, Tingkatan 5
Finance Universiti - Ijazah Sarjana Muda
Ping Pong Asas (Basic), Pertengahan (Intermediate)