mytutor_mobile
Profile Picture

Azizi Bin *******

(Dalam Talian)

Doktor Falsafah(phd) - Computational And Theoretical Sciences (Mathematics)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kuantan) (Telah Bergraduasi)

Bandar Puncak Alam, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Sebagai seorang tutor, saya akan mengenal pasti objektif pembelajaran dan memastikannya tercapai menggunakan pelbagai kaedah yang dirasakan perlu. Matematik ialah subjek kegemaran saya dan saya akan berusaha menjadikannya subjek kesukaan pelajar juga. Dengan pemahaman yang tinggi tentang matematik, saya yakin bukan sahaja matematik akan menjadi subjek yang lebih menyeronokkan buat pelajar, malah berupaya meningkatkan tahap pemikiran dan kebolehupayaan pelajar dalam menyelesaikan permasalahan yang melibatkan nombor dan mantik.
Teknik Pengajaran
Setiap pembelajaran memerlukan objektif dan prasyarat yang jelas. Tumpuan akan diberikan pada pengukuhan asas matematik yang diperlukan sebagai prasyarat untuk mencapai objektif pembelajaran. Kaedah mnemonik untuk memudahkan hafalan dan ilustrasi untuk memudahkan pemahaman juga akan diguna pakai. Pemahaman pelajar pula akan dinilai melalui latihan, soal jawab dan perbincangan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Universiti - Diploma
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5