Profile Picture

Miesya Natasya *******

Diploma / Stpm - Digital Graphic Design

Universiti Selangor (Bestari Jaya) (Graduated)

Subang Jaya, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya tidak mempunyai pengalaman mengajar, tetapi saya berminat untuk mengajar serta membantu kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun dalam matapelajaran Bahasa Melayu (mengenal suku kata, membaca, dan menulis). Saya bersedia untuk memberikan bimbingan dalam pembacaan, dan penulisan mereka serta menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami.
Saya memiliki Diploma Graphic Design. Saya juga berminat dalam bidang seni dan kraf kerana secara langsung dan tidak langsung bidang ini mampu memberikan pemikiran yang kreatif kepada pelajar.
Teaching Method(s)
Teknik soal jawab dan perbincangan adalah kaedah yang efektif untuk meningkatkan interaksi antara guru dan pelajar. Soalan yang dirancang dengan baik dapat merangsang pemikiran pelajar, menilai pemahaman mereka, serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dinamik. Teknik ini menggalakkan pelajar berfikir secara kritis, kreatif, dan logik, sambil memperkukuhkan pemahaman mereka tentang topik yang diajar. Saya percaya teknik bermain sambil belajar adalah teknik yang mendapat perhatian kerana pelajar lebih cepat memahaminya.
Dalam bidang seni dan kraf pula saya ingin berkongsi idea-idea kreatif dan bermain dengan warna kerana warna mampu merangsang minda kanak-kanak. Warna juga dapat mempengaruhi kemampuan belajar, tingkah laku dan produktiviti mereka.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Prasekolah - 3M
Tadika