Profile Picture

Muhammad Muqri *******

Sarjana Muda - Bachelor Of Science (Mathematics) With Education

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Tanjong Karang, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang ramah namun tegas. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya merupakan seorang pendidik yang komited dalam menjadikan subjek Matematik sekolah menengah sebagai sesuatu yang menarik, mudah difahami dan relevan kepada kehidupan harian pelajar. Dalam pengajaran saya, saya menggabungkan pelbagai kaedah seperti penggunaan alat bantu mengajar visual, aplikasi teknologi seperti GeoGebra dan kuiz interaktif, serta pendekatan kontekstual untuk mengaitkan konsep matematik dengan situasi sebenar. Saya juga memberi penekanan kepada pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, bagi melatih pelajar bukan sahaja untuk menjawab soalan peperiksaan, tetapi juga mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam membuat keputusan harian. Dengan pendekatan yang berpusatkan pelajar dan adaptif, saya percaya setiap murid mampu mencapai kejayaan dalam Matematik apabila diberi bimbingan dan sokongan yang sesuai.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5