Profile Picture

Afina Binti *******

Sarjana Muda - Sains Ekonomi

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Graduated)

Ipoh, Perak

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nama saya Afina, merupakan graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Walaupun saya belum mempunyai pengalaman rasmi sebagai tutor, saya sangat berminat untuk berkongsi ilmu dan membantu pelajar memahami subjek dengan lebih mudah dan berkesan.

Saya percaya bahawa pengalaman saya sebagai pelajar yang pernah menghadapi cabaran dalam memahami sesuatu topik menjadikan saya lebih empati dan kreatif dalam menyampaikan ilmu. Saya juga aktif membimbing rakan-rakan semasa belajar dahulu, dan itu menambahkan lagi keyakinan saya untuk menceburi bidang ini secara serius.

Saya seorang yang sabar, komited dan sentiasa bersedia untuk belajar dan menambah baik kaedah penyampaian agar sesi pembelajaran menarik dan berkesan. Saya percaya setiap pelajar unik, dan saya berazam untuk membantu mereka mencapai potensi terbaik mereka.

Terima kasih atas peluang ini dan saya berharap dapat menyumbang sebagai tutor yang berdedikasi.
Teaching Method(s)
Saya gemar menggunakan teknik interaktif seperti soal jawab, kuiz ringkas dan contoh dunia sebenar untuk bantu pelajar lebih faham dan minat. Saya juga guna bahan visual dan sesuaikan gaya pengajaran ikut tahap pelajar supaya pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 KAFA - Darjah 1 KAFA - Darjah 2 KAFA - Darjah 3 KAFA - Darjah 4 KAFA - Darjah 6 KAFA - Darjah 5 STPM - Tingkatan 6 Mengaji Asas (Basic) Pertengahan (Intermediate) STPM - Tingkatan 6 STPM - Tingkatan 6