Profile Picture

Thineswary Saigaran

Sarjana(master) - Matematik

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Graduated)

Klang, Selangor

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
SaSaya dikenali dengan panggilan mesra Cikgu Thines dan mempunyai pengalaman mengajar selama lebih 8 tahun, khususnya di peringkat sekolah rendah. Subjek utama yang saya ajar ialah Matematik dan RBT, manakala subjek tambahan termasuk Bahasa Tamil dan Muzik. Saya memiliki kemahiran khusus dalam menyediakan bahan pembelajaran interaktif, menjalankan program intervensi untuk murid berkeperluan khas, serta menggunakan teknologi seperti Google Classroom dan Canva dalam sesi pengajaran. Antara pencapaian terbaik saya ialah membantu murid yang lemah dalam Matematik menunjukkan peningkatan markah lebih daripada 30% dalam peperiksaan akhir tahun, dan dalam PBD.
Teaching Method(s)
Dalam pembelajaran, saya menerapkan pelbagai teknik menarik seperti penggunaan bahan bantu mengajar interaktif, permainan pendidikan, kuiz digital, video pendek, serta aktiviti berkumpulan yang merangsang pemikiran kreatif pelajar. Untuk memastikan pelajar benar-benar memahami ilmu yang diajar, saya menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan murid, seperti pembelajaran berasaskan masalah (PBL), pembelajaran kontekstual, serta penilaian formatif secara berterusan bagi mengesan tahap kefahaman mereka. Bagi membantu pelajar skor dengan baik dalam peperiksaan, saya mengajar teknik menjawab soalan secara berstrategi seperti menyemak kata kunci soalan, teknik pemarkahan, pengurusan masa ketika menjawab, dan memberikan latihan berfokus mengikut tahap keupayaan pelajar. Saya juga menyediakan nota ringkas dan peta minda untuk memudahkan ulang kaji dan hafalan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Tamil SJKT
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6