Salam sejahtera. Saya Cikgu Amalina. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 7 tahun dalam membimbing pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sejak tahun 2017. Subjek Matematik merupakan subjek major saya, manakala Prinsip Perakaunan merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam membimbing pelajar mengikut keupayaan pelajar itu sendiri menjadikan saya seorang tutor yang berjaya menaikkan prestasi seseorang pelajar tahun demi tahun. "Slowly, but surely", adalah prinsip yang saya pegang semenjak hari pertama membimbing pelajar-pelajar lemah dan sederhana. Mahu prestasi serta keyakinan anak anda meningkat? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 7 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan komunikasi dua hala dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan latih tubi berterusan dan membimbing secara "step-by-step" bersama pelajar merupakan kepakaran saya dalam mengasah pemahaman pelajar. Kepuasan para pelajar dalam mencapai kecemerlangan menggunakan keupayaan maksima mereka sendiri merupakan visi saya sebagai tutor.