Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Cikgu Khairul. Saya merupakan seorang guru/ tutor yang mempunyai pengalaman selama 8 tahun mengajar di sekolah menengah. Saya merupakan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya bagi murid-murid yang akan menduduki SPM. Berpengalaman sebagai penanda kertas 2 Bahasa Melayu. Berkemahiran dalam mengajar dengan menggunakan teknik yang disesuaikan mengikut aras murid dan kehendak yang dinginkan oleh murid. Menguasai semua aspek kemahiran menulis, bertutur, membaca dan mendengar yang perlu dicapai oleh murid-murid bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya juga mampu menyediakan bahan pembelajaran yang bersesuaian mengikut keperluan pembelajaran. Mahukan anak anda cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Sepanjang 8 tahun pengalaman mengajar, saya telah menyesuaikan teknik pembelajaran daripada transisi KBSM kepada KSSM. Teknik-teknik yang digunakan telah saya sesuaikan mengikut aras murid dan berfokuskan kepada teknik yang mudah serta ringkas tetapi memastikan murid mampu mendapat skor markah yang terbaik. Murid akan didedahkan dengan asas terhadap 4 kemahiran utama yang perlu dikuasai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Teknik yang mudah dan ringkas, tetapi memberi kefahaman dan jawapan yang berkualiti merupakan fokus utama teknik yang saya ajarkan.