Saya merupakan seorang graduan daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Subjek kegemaran saya adalah Matematik, dan Fizik. Saya akan memastikan saya belajar dan faham semula apa yang saya perlu ajar sebelum memulakan kelas bersama pelajar.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya ialah saya akan memastikan pelajar saya faham akan konsep lebih berbanding menghafal. Hal ini kerana, pada saya, sekiranya konsep pembelajaran itu difahami, setiap soalan pasti akan mudah untuk dijawab. Selain itu, untuk soalan berbentuk KBAT, saya akan memastikan pelajar mempunyai tahap imaginasi yang tinggi untuk menjawab soalan tersebut.