Saya merupakan seorang tutor yang sangat meminati subjek perakaunan. Saya suka memberi galakan & inspirasi kepada murid-murid prinsip perakaunan supaya mereka kekal bersemangat dalam pembelajaran mereka. Saya juga mempunyai pengalaman dalam pengajian professional perakaunan iaitu ACCA. Saya akan memastikan anak murid saya akan mencapai target mereka. Saya juga akan memastikan anak murid saya tidak mengulangi kesilapan yang sama seperti mana saya lakukan dahulu. Saya suka membantu mereka untuk belajar secara bersistem dan tersusun. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah dan pendekatan berfikir secara kritis agar dapat membantu mereka mengasah skill berfikir. Saya sedar bahawa subjek akaun bukan sekadar pembelajaran seputar nombor dan menghafal. Saya akan memastikan mereka faham konsep dan istilah-istilah perakaunan secara tepat yang dimana dapat membantu mereka dalam peperiksaan SPM. Saya juga akan mendedahkan murid kepada penggunaan Microsoft Excel dimana skill ini amat penting dalam kerjaya mereka sebagai akauntan. Saya juga menyediakan nota berwarna-warni.