Saya Cikgu Izzah. Saya merupakan seorang tutor yang mencari peluang untuk mendidik pelajar yang memerlukan pendidikan berkonsepkan one to one atau sebaliknya. Saya pernah bertugas sebagai guru tadika dan guru sekolah rendah sebelum ini. Subjek Matematik merupakan subjek major saya , manakala Kimia dan Matematik Tambahan merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam usaha mencari konsep pembelajaran bersesuaian mengikut kesesuaian pelajar. Saya seorang yang suka meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik-teknik lebih mudah difahami bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan latihan dan pengukuhan pemahaman merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Saya juga akan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh para pelajar bagi memudahkan penyampaian konsep dan penyelesaian. Kefahaman para pelajar menjadi keutamaan saya sebagai pendidik.