Hi, saya Madam Maz. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 10 tahun dalam mendidik pelajar asasi dan diploma di sebuah Universiti Terkemuka di Malaysia. Saya juga berkemahiran untuk mengajar Prinsip Perkaunan di peringkat sekolah Menengah. Latar belakang pendidikan saya adalah Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Perkaunan. Subjek Perakaunan merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Saya juga adalah Akauntan Bertauliah (Chartered Accountant) dan ASEAN Chartered Professional Accountant lantikan oleh Malaysia Institute of Accountant dan ACPA Monitoring Committee Secretariat, Jakarta, Indonesia. Saya akan jadikan subjek Perakaunan lebih mudah dan menyeronokkan. Ilmu dan pengalaman kerja saya dapat membantu pelajar yang kurang mahir dalam bidang perkaunan (perakaunan kewangan).
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 10 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik Pembelajaran ‘fun learning’ seperti gunakan games secara digital yang ada di website dan gunakan secara berkala. Saya juga akan melibatkan semua pelajar dalam aktiviti yang berkaitkan dengan topikal yang berkaitan, dan engage dengan pelajar sebelum kelas, selasa kelas dan selepas kelas supaya pelajar lebih tertarik dan rasa ternanti-nanti nak sertai kelas pengajaran kita. Selain itu, saya akan gunakan contoh dan kaitkan dengan kehidupan semasa pelajar supaya pelajar dapat "visualize: atau bayangkan contoh yang diterangkan dengan lebih jelas dan menarik minat mereka ke arah Profession sebagai Akauntan Bertauliah suatu hari nanti.