Saya merupakan seorang yang bersemangat dan optimis dalam mendidik generasi baharu serta bercita-cita untuk memupuk minat akan belajar bahasa Arab dan pendidikan Islam dalam diri mereka. Dan saya akan membantu anak didik saya untuk mempelajari dan memahami ilmu bukan semata untuk mencapai keputusan yang cemerlang tetapi juga untuk menerapkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan mereka. Saya mampu untuk membimbing dan mendidik para pelajar untuk terus bersemangat dalam menuntut ilmu dan membantu mereka memahami dan menguasai sesuatu topik.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan beberapa teknik dalam pengajaran saya. Antaranya :
1) Teknik didik hibur untuk memastikan pelajar sentiasa aktif dan seronok dalam pembelajaran.
2) Teknik soal jawab bagi mengetahui tahap pemahaman dan penguasaan pelajar dalam sesuatu subjek.
3) Teknik latih tubi bagi memastikan pelajar memahami dan mengingati topik sesuatu subjek.