Profile Picture

Nur Najwa *******

Degree (Non Education Faculty) - B.A Hons Applied English Language Studies

Universiti Poly-Tech Malaysia (Graduated)

Klang, Selangor

Total Teaching : 393 hours

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

English Primary Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hi dan Salam Sejahtera semua. Nama saya Nur Najwa, dikenali ramai sebagai Teacher Wawa. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 6 tahun di peringkat sekolah rendah dan menengah, khususnya dalam subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Kini, saya berkhidmat sebagai guru di Acmar International School, dan merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Applied English Language Studies (B.A. Hons). Di sekolah saya mengajar subjek Bahasa Melayu.

Sebagai seorang pendidik, saya sangat menekankan pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan dan berkesan, agar pelajar lebih bermotivasi dan yakin dalam menguasai bahasa. Saya sering menggunakan pendekatan berasaskan aktiviti, seperti permainan bahasa, penceritaan, lakonan dan penggunaan alat digital seperti Google Classroom, AI tools, dan Canva untuk menarik perhatian serta menyesuaikan pengajaran mengikut gaya pembelajaran setiap pelajar.

Kejayaan terbaik saya sebagai tutor adalah apabila rata-rata ibu bapa memberikan maklum balas positif, terutamanya apabila anak-anak mereka menunjukkan perubahan positif, lebih seronok belajar, dan lebih yakin dalam menggunakan Bahasa Inggeris. Bagi saya, kepuasan terbesar dalam dunia pendidikan ialah apabila pelajar belajar dengan gembira, dan ibu bapa yakin dengan cara pengajaran saya.
Teaching Method(s)
✅ Apakah teknik-teknik menarik yang anda terapkan dalam pembelajaran?
Saya menerapkan pelbagai teknik menarik untuk memastikan pelajar kekal fokus dan seronok belajar, antaranya:
-Permainan bahasa interaktif seperti kuiz pantas, roda soalan, dan teka kata.
-Penggunaan video pendek untuk membantu pemahaman tajuk atau topik
-Aktiviti berpasangan atau berkumpulan untuk menggalakkan komunikasi
-Role-play dan storytelling bagi membantu pelajar menggunakan bahasa dalam konteks sebenar
-Penggunaan alat digital seperti Google Slides, Kahoot dan Canva untuk menjadikan pembelajaran lebih visual dan moden

✅ Apakah pendekatan yang anda gunakan untuk memastikan pelajar memahami ilmu yang diajar?
Saya menggunakan pendekatan yang mesra pelajar dan berpusatkan individu, di mana saya akan:
-Menilai tahap pemahaman pelajar terlebih dahulu
-Menjelaskan konsep secara berperingkat dan ringkas, mengikut tahap pelajar
-Memberikan nota ringkas bergambar (Pocket Notes) supaya mereka boleh rujuk dengan mudah di luar kelas
-Menggalakkan pelajar bertanya soalan dan berikan ruang untuk ulangkaji secara aktif melalui latihan dan permainan
-Memberi contoh dari kehidupan harian agar konsep lebih mudah difahami dan diingati

✅ Apakah teknik yang diajar untuk pelajar dapat skor dengan baik?
Saya menekankan beberapa teknik berkesan untuk bantu pelajar cemerlang dalam peperiksaan seperti:
-Teknik jawab soalan (keyword spotting) – mengenalpasti kata kunci dalam soalan dan jawapan
-Pengurusan masa semasa menjawab kertas peperiksaan
-Latihan berfokus berdasarkan format UASA dan SPM
-Latihan topikal dan kertas sebenar tahun-tahun lepas
-Penggunaan formula dan ayat template untuk karangan atau writing paper
-Penilaian kendiri dan semakan bersama guru supaya pelajar tahu kelemahan mereka
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Darjah 1 Darjah 2 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Darjah 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Rating & Review

Puan Amira Syazwani Binti Zulkharshah

Bahasa Inggeris

03 Mar 2026 13:47

My daughter is so happy learning with Ms. Wawa. A relaxed and fun method for learning is what she is looking for.

Puan Amira Syazwani Binti Zulkharshah

Bahasa Inggeris

03 Dec 2025 21:40

Anak enjoy belajar dengan tutor Najwa dan suka belajar secara personal. Tutor juga fleksibel dengan waktu mengajar, jadi bagi yang waktu tak menentu mudah nak berurusan.

Venkatram Swamy A/l Ramachandran

Bahasa Inggeris

30 Nov 2025 13:26

Very kind and professional teacher.

Puan Nurul Huda Binti Mokhtar

Bahasa Inggeris

27 Oct 2025 21:47

Terbaik penerangan cikgu nur najwa sangat bagus dan mudah faham .terima kasih

Puan Nooakma Binti Awang Lah

Bahasa Inggeris

26 Jun 2025 22:18

Good tutor

Puan Marlia Binti Redzuan

Bahasa Inggeris

26 May 2025 18:15

Teacher Wawa has a patient, supportive teaching style and always takes the time to explain concepts clearly. She tailor lessons to suit my daughter’s learning pace and needs, which has made a huge difference. My daughter looks forward to her sessions and is much more motivated now.

Noor Asnida Binti Che Sapi

Bahasa Inggeris

29 Oct 2024 09:23

Terbaik.. 10⭐

Puan Rashidah Binti Ahmad Zainudin

Bahasa Inggeris

23 Oct 2024 09:44

Sangat memuaskan. Menepati masa, kemas dan ceria.

Tuan Mohd Shaiful Bhari

Bahasa Inggeris

22 Oct 2024 21:35

Anak sy sgt berpuas hati dgn tutor English ni. dia seronok belajar.

Noor Asnida Binti Che Sapi

Bahasa Inggeris

10 Sep 2024 08:51

TERBAIK..