Saya Cikgu Kamilia mempunyai ijazah dalam bidang pendidikan major Bahasa Melayu dan minor Pendidikan Islam. Saya merupakan seorang tutor yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan hasil pembelajaran dan membangunkan potensi pelajar. Saya seorang yang ceria dan ramah tetapi tegas. Saya yang baru berkhidmat sebagai guru selama 1 tahun akan terus berusaha menambahkan pengetahuan serta selalu mempelajari dan menyesuaikan diri dalam arena pendidikan yang sering berubah terutama dalam Bahasa Melayu Saya juga pandai mengambil hati murid-murid agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar seronok mengikuti sesi pembelajaran. Saya juga menyediakan teknik membina ayat dan menulis karangan mudah untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan baik. Saya juga menggunakan akronim untuk membantu murid-murid mengingati sesuatu perkara dengan mudah. Saya juga menyediakan nota berbentuk PowerPoint yang menarik dan berwarna-warni bagi kelas dalam talian.