Seorang pelajar yang proaktif dengan prestasi akademik yang mantap dan sedang mengikuti Diploma Perguruan Lepasan Ijazah di Open University Malaysia. Mempunyai pengalaman sebagai seorang Guru Ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah. Mempunyai kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang baik serta fasih berbahasa Inggeris dan Melayu. Mampu menghasilkan kerja yang baik di bawah tekanan dan berkumpulan.
Teaching Method(s)
Saya lebih menggalakkan murid untuk berbincang ketika di dalam kelas. Perbincangan bukan sahaja meransang interaksi antara murid secara bermakna tetapi juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap, dan proses-proses pembelajaran. Di samping itu, kaedah ini dapat menggalakkan perkembangan mental murid supaya dapat menyumbang idea dan pandangan secara sistematik.