Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Walaupun saya masih muda, saya mempunyai keinginan untuk melihat anak didik saya mahir dalam subjek yang mereka lemah.Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menyediakan teknik untuk mudah anak didik saya memahami dan beberapa nota dan latihan untuk memantapkan lagi pemahaman mereka. Selain itu, saya bukan sahaja mahir dalam satu subjek malahan saya juga mahir mengajar dalam subjek sejarah bagi mereka yang kurang mahir dalam menghafal mahupun memikirkan idea untuk soalan KBAT.