Profile Picture

Sandhiya A/p *******

(Online)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Ongoing Study)

Bidor, Perak

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Pengalaman saya dalam mengajar setakat ini adalah bagi pelajar menengah atas dan menengah rendah selama satu tahun secara online bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Saya merupakan seorang tutor yang masih mencari pengalaman praktikal bagi mengaplikasikan pengetahuan saya tentang proses pengajaran dan pembelajaran di luar sekolah. Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang dipercayai susah ditutur ataupun ditulis oleh segelintir pelajar. Maka, dengan memegang kepada prinisip saya iaitu- 'Bahasa dipelajari bukan sahaja untuk mendapat keputusan yang cemerlang, malah untuk meningkatkan kualiti peribadi seseorang', saya ingin menggunakan nilai kreatif dan aura ceria saya untuk meningkatkan minat pelajar bagi bahasa tersebut dan juga meningkatkan potensi pelajar dan peperiksaan.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran terkini yang terbukti dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam Bahasa Inggeris adalah melalui pendekatan komunikatif. Jika bahasa hanya difokuskan dalam penulisan dan pemahaman, pelajar tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut semasa perbualan harian. Oleh sebab itu, pendekatan ini boleh memenuhi kekurangan seseorang pelajar dalam pertuturan. Selain daripada memberi latih tubi tatabahasa, saya akan mengajar bahasa menggunakan konteks yang diminati oleh pelajar. Contohnya seperti filem, permainan, tempat rekreasi untuk memastikan pelajar dapat belajar bahasa dan kosa kata berkaitan, malah pelajar akan mengambil bahagian secara aktif dalam proses PDP yang dilakukan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Geografi Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6
MUET STPM - Tingkatan 6
Membaca B. Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca B. Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3