Saya bekerja sebagai cikgu taska selama 6 bulan di salah satu taska di Pengkalan Chepa , Kelantan . Dan saya tidak dapat meneruskan kerana saya telah mendapat tawaran kerja yang lain . Sekarang saya bekerja sebagai admin . Dan in sya Allah Saya akan menjadi seorang tutor yang bertanggungjawab dalam memastikan anak didik saya dapat capai target atau kpi hariannya . Saya juga bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang tegas tapi penyayang . Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual yang efektif . In sya Allah apa yang dikehendaki , saya dengan seluruh jiwa raga saya akan usaha sehabis baik untuk anak didik tersayang .
Teaching Method(s)
Saya akan mengajar anak didik saya dengan kasih dan sayang agar tidak memberi tekanan sedikit pun untuk mereka . Saya juga akan mengajar sambil menghiburkan anak didik saya supaya dia lebih faham apa yang saya sampaikan dan apa yang ingin saya sampaikan . Saya juga akan mengguna pelbagai kaedah untuk menarik minat mereka .