Saya Cikgu Sharifah! Saya merupakan pemegang diploma Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua dan pernah mengajar di sekolah rendah di Manir, Terengganu. Saya menjadi guru praktikal selama sebulan di sekolah dan 2 bulan mengajar secara atas talian. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang ramah namun tegas. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka serta seronok belajar dalam kelas saya. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi kelemahan mereka dalam subjek saya. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Saya juga berkemahiran untuk membantu pelajar yang bermasalah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tertarik untuk mempelajari topik yang akan saya ajarkan supaya tidak mudah bosan. Saya juga menyediakan teknik karangan mudah serta tatabahasa pantas untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah. Saya juga mengamalkan teknik soal jawab untuk membantu anak didik saya memahami dan mengingati sesuatu perkara dengan mudah. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian.