Profile Picture

Siti Nor *******

(Online)

Sarjana Muda - Foodservice Management

Universiti Teknologi MARA (Dungun) (Ongoing Study)

Kepala Batas, Pulau Pinang

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Siti Nor Aishah Binti Johari, dan walaupun saya tidak mempunyai pengalaman formal dalam bidang pendidikan,saya mempunyai semangat yang dalam untuk mengajar dan membantu pelajar mencapai potensi penuh mereka. Saya percaya bahawa setiap individu mempunyai keupayaan untuk berjaya jika diberi bimbingan yang betul dan sokongan yang ikhlas.Saya telah mengembangkan kemahiran komunikasi yang baik melalui pengalaman saya dalam memberi perkhidmatan semasa menjalani praktikal,yang membolehkan saya berinteraksi dengan pelbagai jenis orang dengan berkesan.Saya juga seorang yang penyabar dan memahami,sifat yang saya percaya penting dalam bidang pengajaran. Selain itu, saya berkomitmen untuk menyediakan sesi tuisyen yang menarik dan bermanfaat,dengan menyesuaikan kaedah pengajaran saya mengikut keperluan individu setiap pelajar. Saya sangat berminat untuk berkongsi pegetahuan saya dan membantu pelajar . Saya yakin bahawa dengan semangat yang saya ada ini boleh menjadi guru tuisyen yang berkesan dan memberi impak positif kepada perkembangan akademik pelajar.
Teaching Method(s)
Sebagai guru tuisyen Bahasa Melayu dan mengajar membaca,saya menggunakan pendekatan kaedah didik hibur agar pelajar rasa seronok untuk belajar dan tidak merasa bosan . Saya juga akan membantu pelajar mengenal pasti huruf dan bunyi dan menggunakan bahan bergambar untuk meningkatkan minat dan pemahaman. Saya juga akan menekankan latihan bertulis dan menggunakan pengukuhan serta pengulangan untuk memastikan pemahaman yang mendalam.Pendekatan pelbagai ini bertujuan mencipta pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan efektif,membantu pelajar menguasai Bahasa Melayu dan kemahiran membaca dengan lebih baik.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 3, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2