Profile Picture

Nur Amni *******

(Online)

Asasi/a-level - Foundation Of Agricultural Science

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Graduated)

Jelebu, Negeri Sembilan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang bekas pelajar Asasi Sains Pertanian 23/24 di Universiti Putra Malaysia. Saya yakin bahawa saya mampu memberi komitmen yang baik serta berkongsi ilmu dengan para pelajar di platform ini. Di samping itu, saya ingin membantu pelajar supaya lebih memahami dan skor dalam subjek tertentu menggunakan teknik serta tips yang menarik dan berkesan. Saya mempunyai kemahiran mengajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta Agama Islam.
Teaching Method(s)
Berikutan kaedah pembelajaran dan pengajaran saya adalah secara dalam talian, saya lebih menekankan konsep pembelajaran secara ‘’komunikasi dua hala” bersama pelajar di mana pelajar boleh terus mengajukan soalan sekiranya terdapat kekeliruan semasa sesi tutor sedang dijalankan. Hal ini supaya saya dapat menilai tahap kefahaman pelajar lalu terus memberi solusi dan membantu pelajar memahami topik-topik yang sukar difahami. Saya turut menggunakan teknik-teknik pembelajaran yang sesuai dengan setiap individu. Antara teknik yang digunakan ialah kaedah pembelajaran visual serta menghubungkaitkan topik pembelajaran dengan aplikasi dalam kehidupan seharian agar mudah difahami. Akhir sekali, saya turut menyediakan nota-nota ringkas dan menarik untuk dijadikan rujukan.
Subject
Subject School Level
UPKK Darjah 5
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 6
P. Islam Tingkatan 1, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 6, Tingkatan 3