Profile Picture

Rosesuzaini Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ipgk Tuanku Bainun (Still Study)

Jelebu, Negeri Sembilan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Rose. Saya merupakan seorang guru pelatih dan sekarang masih belajar di IPG sebagai siswa pendidik tahun 3. Walaupun saya masih seorang guru pelatih, tetapi dengan berbekalkan ilmu mengajar yang digilap di IPG dan hasil pengalaman mengajar di sekolah bagi tujuan praktikal pada sem-sem lepas sedikit sebanyak membantu saya dalam bidang pendidikan di sekolah. Bidang major saya ialah Bahasa Melayu sekolah rendah manakala subjek minor ialah Sejarah. Selain memiliki pengetahuan dan keterampilan dalam subjek yang saya ajarkan, saya juga memiliki kemampuan komunikasi yang baik, empati, kesabaran, dan kemampuan untuk memahami keperluan anak murid sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Sebagai seorang guru, saya akan cuba membantu murid untuk mencapai potensi maksimal mereka dan mengasah bakat yang ada dalam diri setiap murid saya.
Teknik Pengajaran
Berdasarkan pengalaman saya mengajar di sekolah sebelum ini, seorang guru sangat penting untuk memahami kehendak dan keperluan murid. Oleh itu, saya banyak menerapkan pelbagai teknik pengajaran sesuai dengan keperluan dan gaya pembelajaran murid tersebut. Misalnya, murid auditori akan diperdengarkan dengan lagu-lagu yang berkaitan dengan subjek, murid visual pula akan ditayangkan dengan gambar atau video berkenaan dengan subjek dan sebagainya. Dengan mengamalkan kombinasi teknik pengajaran yang bervariasi, hasil pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mampu menepati objektif yang telah ditetapkan.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 3
Sejarah Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6