Profile Picture

Durratul Jannah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Actuarial Science

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Ongoing Study)

Seremban, Negeri Sembilan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai, saya Durra. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama setahun di peringkat sekolah rendah. Saya mengajar subjek Bahasa Arab dan juga memberi sokongan tambahan dalam subjek Matematik. Salah satu pencapaian terbaik saya ialah membantu seorang pelajar meningkatkan gred UPKK Bahasa Arab dari F ke B dalam masa hanya dua bulan mengajar. Saya juga merupakan pelajar Sains Aktuari, di mana bidang pengajian saya sememangnya fokus kepada Matematik. Oleh itu, saya telah mempelajari beberapa teknik yang berkesan untuk membantu pelajar sekolah rendah skor dalam subjek Matematik. Saya berdedikasi untuk membantu pelajar mencapai kejayaan dan mencapai potensi penuh mereka. Mahukan anak anda mencapai kecemerlangan dan meningkatkan keyakinan mereka? Hubungi saya sekarang!
Teaching Method(s)
Saya memberi latihan berulang dan tugasan tambahan untuk memastikan pelajar benar-benar memahami topik. Saya mengadakan sesi soal jawab secara berkala untuk menjelaskan sebarang kekeliruan dan memastikan pemahaman yang jelas. Selain itu, saya memberikan maklum balas yang berterusan dan konstruktif kepada pelajar mengenai prestasi mereka. Saya juga menggunakan bahan visual seperti grafik, peta minda, dan carta untuk membantu pelajar memahami konsep yang kompleks. Tambahan lagi, saya menyediakan latihan berfokus yang menumpukan pada topik-topik yang sering keluar dalam peperiksaan. Saya menggalakkan pelajar membuat revisi secara berkala untuk memastikan pengetahuan mereka sentiasa segar.
Subject
Subject School Level
Bahasa Arab Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 3
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 3