Profile Picture

Nur Faqihah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Fiqh Fatwa

Universiti Sains Islam Malaysia (Ongoing Study)

Malim Nawar, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Nur Faqihah, dan anda boleh panggil saya Cikgu Faa. Saya mempunyai pengalaman mengajar di pusat tuisyen selama 2 tahun selepas menamatkan pelajaran di sekolah menengah. Saya mengajar Bahasa Melayu, Matematik, dan Mandarin untuk pelajar berumur 4-8 tahun.

Selain itu, saya pernah terpilih menjadi mentor/tutor dalam program "Guru Muda SPM" di sekolah, di mana saya aktif mengajar subjek Ekonomi, Arab, Sejarah, Syariah, dan Usul Din. Saya juga pernah menerbitkan buku nota khas Syariah dan Sains untuk SPM pada tahun 2019 dan 2020, dengan lebih daripada 200 naskhah terjual.

Saya mempunyai kemampuan untuk menjelaskan konsep dengan cara yang mudah difahami dan sentiasa berusaha memotivasi pelajar saya agar mencapai potensi terbaik mereka. Saya juga mampu mena
arik minat kanak-kanak dalam belajar sambil bermain, supaya mereka dapat belajar dengan cara yang menyeronokkan dan berkesan.

Saya sangat berminat untuk menjadi tutor kerana saya suka membantu orang lain belajar dan berkembang. Saya percaya bahawa dengan menjadi tutor, saya boleh memberikan impak positif dan membantu pelajar mencapai matlamat akademik mereka.

Teaching Method(s)
Berbekalkan skill dan pengalaman mengajar dan menjadi tutor dalam mengajar Bahasa Melayu, Matematik, dan Mandarin untuk pelajar berumur 4-8 tahun. Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar, memastikan setiap sesi pembelajaran adalah interaktif dan berkesan.

Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Saya percaya bahawa pembelajaran yang menyeronokkan dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Oleh itu, saya menggunakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan bermain untuk menarik minat kanak-kanak. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu, saya menggunakan permainan perkataan dan cerita pendek untuk membantu mereka memahami dan menguasai kosa kata baru.

Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya, yang saya sesuaikan mengikut keperluan subjek. Saya percaya bahawa peta minda dapat membantu pelajar dalam mengorganisasikan maklumat dengan lebih baik dan memudahkan mereka untuk mengingati apa yang telah dipelajari. Saya juga menggunakan alat bantu mengajar seperti blok bangunan dan permainan matematik dalam pengajaran Matematik untuk membantu pelajar memahami konsep-konsep asas secara visual dan praktikal.

Selain itu, saya akan mengajar pelajar Melayu/India yang mahu belajar Mandarin. Proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah kerana saya akan menjelaskan setiap pelajaran dalam Bahasa Melayu, menjadikan proses pembelajaran lebih baik. Saya menggunakan lagu dan cerita rakyat dalam pengajaran Mandarin untuk memperkenalkan bunyi dan perkataan baru dengan cara yang menyeronokkan.

Saya lebih suka mengajar pelajar satu persatu kerana saya percaya bahawa pendekatan ini dapat memastikan setiap maklumat yang disampaikan mudah diterima. Dengan memberi perhatian individu kepada setiap pelajar, saya dapat menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut keperluan dan tahap kebolehan mereka, memastikan mereka dapat memahami dan menguasai ilmu yang diajar.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Tauhid KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 4
Fekah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 4
Ulum syariah - Akidah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 4
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 4
Sirah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 4
Jawi dan Khat KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 4
Seni & Kraf Darjah 1
Mengaji - Iqra Darjah 1
Matematik Darjah 1
Muzik Darjah 1
Membaca - BI Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 1, Dewasa
Bahasa Inggeris Darjah 1, Dewasa
Sains Darjah 1
P. Islam Darjah 1
Bahasa Arab KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 4
Tilawah Al-Quran KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 4
Hafazan KAFA - Darjah 2
Tajwid KAFA - Darjah 2
Adab dan Sirah KAFA - Darjah 2
Asas Fardhu Ain KAFA - Darjah 2
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 4
Lughatul Quran KAFA - Darjah 4
Kelas Agama Dewasa
Asas Fardhu Ain Dewasa
Sejarah Tingkatan 1