mytutor_mobile
Profile Picture

Nor Hafuza *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Sarjana Sastera Pengajian Melayu

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Telah Bergraduasi)

Putrajaya, WP Putrajaya

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Hafuza. Saya merupakan seorang tutor yang komited dalam membantu para pelajar untuk meningkatkan lagi prestasi dalam pelajaran mereka. Saya merupakan graduan dari Universiti Malaya (Sarjana Sastera Pengajian Melayu) dan kini, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang Ligusitik. Oleh itu, bidang kepakaran saya ialah Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya mempunyai pengalaman mengajar subjek Bahasa Melayu selama lima tahun dan sentiasa mengikuti dan mengemas kini perubahan dari segi format dan silibus subjek ini. Saya juga mempunyai kemahiran komunikasi yang baik bagi memastikan kelas yang dijalankan dapat berlaku secara efektif. Saya juga mengaplikasikan beberapa modul yang dikeluarkan oleh guru Bahasa Melayu yang profesional. Anak-anak anda ada masalah dengan subjek Bahasa Melayu atau ingin skor bagi subjek ini? Hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan Modul Karangan Arif (MKA) bagi memudahkan para pelajar mengarang dan Modul MUTABA (Mudah Tatabahasa) untuk memastikan para pelajar saya dapat menguasai kemahiran tatabahasa Melayu dengan lebih baik dan mudah. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Dewasa, STPM - Tingkatan 6